Friday, June 04, 2010

BTN oh BTN ..

Perasaan yg membuak-buak apabila dimaklumkan terpilih mengikuti kursus BTN di Hotel Panorama, Langkawi pd 12-16 Jun 2010 walaupun pada bulan-bulan sebelumnya sy menolak satu lagi tawaran mengikuti kursus BTN di Shah Alam, Selangor.


Perasaan takut pun ade kerana mendengar cerita-cerita yg kurang enak tentang kursus BTN, namun bila memikirkan keperluan kursus ini utk kenaikan pangkat saya gagahkan juga menanamkan dlm diri bahawa kurusus ini sebagai tempat untuk satu perubahan dlm diri terutamanya semangat yg membuak-buak pada permulaan kerjaya dlm perkhidmtan kerajaan dpt dipupuk supaya hangat kembali.


Persepsi negatif pada permulaan kursus berubah apabila mengikuti pelbagai program yg diatur di dalam kursus.Walaupun penerapan program BTN lebih kepada membasuh minda "Brain Wash" namun ia baik utk membuat kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Kursus BTN ini juga menemukan saya dengan rakan-rakan peserta daripada pelbagai agensi di bawah MOSTI serta kementerian pelajaran. Peluang yg ada membolehkan saya mengenali rakan-rakan sekursus terutamanya rakan-rakan sekumpulan dan rakan-rakan sebilik. Mereka ini yg memainkan peranan yg penting di agensi masing-masing adalah pakar-pakar dlm bidang masing-masing yg saya dapat kenali tentang kerjaya dan fungsi agensi. Terasa kerdil diri kerana dikelilingi orang-orang yg hebat. Bak kata Ilmuan Islam, kalau berkawan dgn penjual minyak wangi sedikit sebanyak bau wangi tu lekat di baju dan begitulah sebaliknya. Banyak jugalah yang dapat sy pelajari daripada mereka.

Sampai setakat ini buat masa ini, BTN on BTN .hahaha 

No comments:

Post a Comment